DATUK HAJI NOORTAIP BIN HAJI SUHAILI
Presiden G3PNS
(G3PNS: 10 November 2020)
Seperti yang saya maklumkan;
G3PNS telah dan sedang merancang untuk merealisasikan Program KIKSNS dengan memulakan dengan pendaftaran ahli. Sebelum ini sudah ada 157 usahawan telah mendaftar dan terbaharu sudah ada 225 yang keseluruhan berjumlah 383 peserta.
Melalui pendaftaran ini, kita akan kenal pasti produk usahawan yakni produk akan masuk dalam Katalog KIKSNS.
Kita akan bantu mereka dalam bentuk branding yang lebih competitive agar katalog kelihatan lebih menarik. Ini supaya produk kelihatan lebih berdayasaing dalam pasaran on & offline
Produk juga akan di-highlight dalam media sosial untuk tujuan promosi dan pasaran domestik
Katalog akan dirundingkan dengan Agensi Kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai pemasaran eksport
Katalog juga membantu mendapatkan maklumat, apa yang pihak berkenaan boleh bantu kepada usahawan kita.
Produk akan dibandingkan dengan produk yang sama yang ada di pasaran bagi menentukan perasingan harga di pasaran domestik dan eksport
Sebeb itu melalui program Katalog ini produk yang dikumpul ini, selain untuk dijual, juga akan dibantu bagi tujuan tambah nilai dalam bentuk:
Packaging
Labelling
Branding
Berat
Saiz
Kualiti
Costing dan lain2
Yang menjurus kepada R&D.
Terbuka kepada 4 ketigori usahawan yng boleh menyertai program ini:
~ Makanan & Minuman (F&B);
~ Kosmetik & Penjagaan Kesihatan;
~ Kraftangan berteraskan cenderakenangan;
~ Peruncitan.
Ahli2 PPPK yang berminat menyertai program ini boleh mengisi borang melalui Google Drive berikut:
https://forms.gle/enm13bJ5TDgbAQr56